Tuesday, 16 December 2014

Minum Petang


petang yang indah
sehari penat dan lelah
tekun mentelaah
hingga makanan terlupa dijamah


ada masa rehat seketika
bersama rakan sekerja
sambil menjamu selera
berbual isu dunia


walau sesibuk manapun kita
jangan pernah kita lupa
kesihatan perlu dijaga
emosi wajib gembira


ingatan untuk diri sendiri
sebelum apaapa terjadi
kesihatan terganggu emosi teruji
perlu rehat dan menjaga diri


agar kita sentiasa senyum sepanjang hari
hari ini dan harihari yang bakal mari :-)




Friday, 2 May 2014

Cuti

Secara tradisinya di Malaysia apabila ada sahaja cuti umum di tengah minggu ramailah yang akan mengambil cuti untuk memanjangkan tempoh bercuti. Seperti minggu ini apabila cuti hari pekerja jatuh pada hari khamis maka pada hari jumaat ramai yang memohon untuk cuti dengan pelbagai alasan. Tetapi yang sebenarnya semua mahu pulang bercuti ke kampung halaman atau berehat pankang di mana-mana tempay percutian.
Tidak salah bercuti. Namun akan jadi salah jika cuti yang tidak dimanfaatkan sebaiknya. Contohnya mengambil cuti tetapi menghabiskan cuti sekadar tidur dan menonton tv sahaja. Betul cuti adalah hak peribadi dan tidak perlu dipersoalkan oleh sesiapa. Namun sebaiknya tempoh masa yang berharga itu dapat dimanfaatkan sebaiknya.