Tuesday, 10 March 2015

5 Tips Berkesan Menuntut Hutang

Kita sering terjebak dengan keadaan serba salah untuk menuntut hujang. Sedangkan orang yang berhutang daripada kita itu tidak merasakan apa-apa kesalahan kepada mereka. Dalam konteks ini kita yang terlebih segan daripada si pemiutang. Walau bagaimanapun berikut disenaraikan 5 tips berkesan yang boleh diaplikasikan jika keadaan ini berlaku kepada kita.

  1. Lakukan perkara yang sama seperti pemiutang lakukan kepada kita semasa meminjam dengan kita dahulu. Contohnya; jika dulu semasa nak meminjam dia sering telefon, sms, wasap dan sebagainya untuk meminjam - lakukan balik perkara yang sama untuk menuntut hutang
  2. Minta deadline daripada pemiutang - Tanya bilakah masa yang tepat untuk dia membayar kembali hutang kita - jika perlu bayaran ansuran, catatkan secara terperinci tentang tarikh dan masa.
  3. Cuba berhutang dengan si pemiutang dengan pelbagai alasan yang direka-reka. - Cara ini berkesan bagi pemiutang yang buat-buat lupa tentang hutangnya kepada kita - kita juga berlakon lupa dan cuba meminjam jumlah yang sama daripadanya
  4. Sentiasa hantarkan ucapan selamat kepada pemiutang tanpa jemu - contohnya setiap pagi hantar sms ucapan selamat pagi, tengahari dan malam setiap hari sehingga dia bayar balik hutang kita.
  5. Tawarkan si pemiutang dengan hutang baru - dengan harapan dia akan ingat kembali hutang lamanya - kita cuma tawarkan sahaja sebagai ingatan kepadanya, bukan beri hutang betul-betul. - Jika dia berminat nak hutang lagi ingatkan dia tentang hutang lama.
Cuba lakukan 5 tips di atas. Jika dilakukan dengan cara yang betul, ia akan Berjaya.

Selamat Mencuba!!!



azamrahman