Hari raya sepatutnya masa yang sesuai untuk semua ahli keluarga berkumpul dan bersua muka bermesra berbincang tentang perkembangan kehidupan masing-masing.Masa yang sesuai untuk kenal mengenali ahli keluarga terbaru yang turut sama berkumpul. Hari raya bukan sekadar meraikan kejayaan berpuasa sebulan malah lebih daripada itu untuk bersama setelah sekian lama terpisah.
Namun tidak semua orang mampu menyambut hari raya dalam keadaan yang mesra bersama keluarga seperti yang diidamkan. Tidak semua daripada kita memiliki nilai kekeluargaan seperti yang digambarkan. Banyak halangan yang menjadi faktor penolak kepada keadaan seperti itu. Kekangan masa, kekangan kewangan, masalah peribadi dan masalah keluarga adalah antara penyebab yang menjadi batu penghalangnya.
Semuanya akan jadi masalah bila kita meletakkannya sebai masalah. Untuk sambutan raya yang berkesan tidak memerlukan modal yang besar jika masalah kewangan dijadikan alasan. Nilai baik dalam keluarga bukan boleh dibeli dengan wang ringgit. Tetapi nilai tersebut hadir daripada akhlak yang baik. Jika kita mampu mengawal keperibadian yang baik sepanjang ramadhan dan praktikkan semula pada sambutan hari raya pastinya kita tidak akan bermasalah. Nilai sabar,berjimat cermat, bertolak ansur, bersangka baik dan tidak sombong yang kita belajar sepanjang ramadhan sebenarnya sudah cukup menjadikan akhlak kita selesa untuk berhari raya. Itu cuma sebahagian kecil sahaja nilai baik yang kita perlu amalkan.
Sekadar cadangan: jika kita tidak berkesempatan pulang berhari raya bersama keluarga, kita mungkin masih boleh berhubung melalui panggilan telefon. Atau kita juga boleh bersama rakan sekerja, jiranjiran dan masyarakat di sekitar kita. Apa yang penting kita masih lagi mampu bergembira meraikan hari yang mulia.
Friday, 17 July 2015
Thursday, 16 July 2015
happy culture living: Satu Hari Sebelum Raya
happy culture living: Satu Hari Sebelum Raya: Khamis. 16Julai2015. Esoknya dijangka akan berakhirlah Ramadhan yang mulia dan penuh keberkatan. Esok 1 Syawal yang menandakan seluruh umat...
Satu Hari Sebelum Raya
Khamis. 16Julai2015. Esoknya dijangka akan berakhirlah Ramadhan yang mulia dan penuh keberkatan. Esok 1 Syawal yang menandakan seluruh umat Islam akan merayakan kemenangan mereka melawan nafsu sepanjang bulan puasa. Esok pastinya hari kegembiraan bagi yang betul-betul berpuasa. Bagi yang mengambil serius tentang puasa yang sebenar-benarnya. Iaitu puasa jiwa dan raga daripada melakukan perkara yang bisa membatalkan ibadah puasa tersebut. Natijahnya puasa yang indah itu akan membuahkan nilai diri yang baik serta berkualiti bagi setiap individu. Puasa yang sebenar akan berjaya mengubah seseorang ke arah yang lebih baik dan terbaik. Individu ini bukan sahaja berjaya menahan lapar dan dahaga sepanjang Ramadhan malah berjaya mengajar diri tentang nilai-nilai baik yang perlu ada dalam setiap muslim khususnya dan sebagai manusia keseluruhannya. Sifat sabar, hormat-menghormati, penyayang, baik hati, pemurah dan prihatin adalah antara sifat-sifat yang wajib terbentuk pabila kita benar-benar berpuasa sepanjang Ramadhan. Adakah kita tergolong dalam kumpulan yang berjaya seperti yang disebut itu? Tepuk dada tanyalah hati lihatlah peribadi sendiri.
Sehari sebelum raya adalah hari terakhir kita melatih dan melatih dan melatih untuk melihat hasilnya seawal pagi esok. Adakah kita percaya pada diri sendiri tentang perubahan positif yang mampu kita kecapi sebaik Ramadhan tiada lagi. Masa untuk merenung dan berfikir sejujurnya tentang perubahan tersebut. Masih ada masa untuk kita memanfaatkan kelebihan Ramadhan bagi melakukan perubahan positif ke atas diri kita. Perubahan individu lebih penting daripada berangan untuk merubah dunia!
Pastikan diri kita terbaik barulah berusaha memberi pengaruh kepada individu lain yang hampir dan rapat dengan kita.
Satu hari sebelum raya. Kita sama-sama bersiap sedia untuk merayakan hari raya aidilfitri yang mulia. Namun perayaannya sekadar makan dan bergambar mesra yang tiada kesan apa-apa jika kita masih pada tahap lama seperti sebelum bulan puasa. Hatinya masih keras seperti tidak terkesan dengan kesucian barakah Ramadhan. Berjayakah kita?
Tuesday, 10 March 2015
5 Tips Berkesan Menuntut Hutang
Kita sering terjebak dengan keadaan serba salah untuk menuntut hujang. Sedangkan orang yang berhutang daripada kita itu tidak merasakan apa-apa kesalahan kepada mereka. Dalam konteks ini kita yang terlebih segan daripada si pemiutang. Walau bagaimanapun berikut disenaraikan 5 tips berkesan yang boleh diaplikasikan jika keadaan ini berlaku kepada kita.
Selamat Mencuba!!!
azamrahman
- Lakukan perkara yang sama seperti pemiutang lakukan kepada kita semasa meminjam dengan kita dahulu. Contohnya; jika dulu semasa nak meminjam dia sering telefon, sms, wasap dan sebagainya untuk meminjam - lakukan balik perkara yang sama untuk menuntut hutang
- Minta deadline daripada pemiutang - Tanya bilakah masa yang tepat untuk dia membayar kembali hutang kita - jika perlu bayaran ansuran, catatkan secara terperinci tentang tarikh dan masa.
- Cuba berhutang dengan si pemiutang dengan pelbagai alasan yang direka-reka. - Cara ini berkesan bagi pemiutang yang buat-buat lupa tentang hutangnya kepada kita - kita juga berlakon lupa dan cuba meminjam jumlah yang sama daripadanya
- Sentiasa hantarkan ucapan selamat kepada pemiutang tanpa jemu - contohnya setiap pagi hantar sms ucapan selamat pagi, tengahari dan malam setiap hari sehingga dia bayar balik hutang kita.
- Tawarkan si pemiutang dengan hutang baru - dengan harapan dia akan ingat kembali hutang lamanya - kita cuma tawarkan sahaja sebagai ingatan kepadanya, bukan beri hutang betul-betul. - Jika dia berminat nak hutang lagi ingatkan dia tentang hutang lama.
Selamat Mencuba!!!
azamrahman
Subscribe to:
Posts (Atom)