Secara tradisinya di Malaysia apabila ada sahaja cuti umum di tengah minggu ramailah yang akan mengambil cuti untuk memanjangkan tempoh bercuti. Seperti minggu ini apabila cuti hari pekerja jatuh pada hari khamis maka pada hari jumaat ramai yang memohon untuk cuti dengan pelbagai alasan. Tetapi yang sebenarnya semua mahu pulang bercuti ke kampung halaman atau berehat pankang di mana-mana tempay percutian.
Tidak salah bercuti. Namun akan jadi salah jika cuti yang tidak dimanfaatkan sebaiknya. Contohnya mengambil cuti tetapi menghabiskan cuti sekadar tidur dan menonton tv sahaja. Betul cuti adalah hak peribadi dan tidak perlu dipersoalkan oleh sesiapa. Namun sebaiknya tempoh masa yang berharga itu dapat dimanfaatkan sebaiknya.
Friday, 2 May 2014
Cuti
Subscribe to:
Posts (Atom)