Wednesday, 10 February 2021
EMOSI WAKTU DARURAT
Pada waktu ini Malaysia berada dalam 2 situasi yang mencabar iaitu darurat dan PKP. Kedua-dua situasi ini berpunca daripada wabak Covid-19 yang melanda negara. Ini merupakan kali kedua Malaysia mengadakan PKP di seluruh negara. Kali pertama PKP dilaksanakan pada awal tahu 2020 sehingga melibatkan beberapa perayaan besar seperti Hari Raya Aidilfitri disambut dalam tempoh PKP tersebut.
Situasi pandemik ini telah memberi kesan yang besar terhadap rakyat Malaysia. Selain daripada kesan ekonomi yang menyebabkan kadar pengangguran semakin meningkat, kesan psikologi berkaitan emosi juga turut terjejas. Menurut Dr Lim Wai Jenn, Perunding Psikiatri Sunway Medical Centre Velocity, setiap perubahan yang berlaku dalam kehidupan boleh memberi tekanan hingga menyebabkan individu mengalami kebimbangan dan kemurungan. Dalam konteks situasi sekarang, ramai dalam kalangan rakyat Malaysia terjejas dan mengalami perubahan yang ketara terutamanya dari aspek cara hidup, aktiviti harian, sumber pendapatan, hubungan kekeluargaan dan sebagainya. Perubahan ini telah mendorong mereka untuk bertindak di luar daripada kebiasaan. Jadi setiap ahli masyarakat perlu sentiasa peka terhadap perubahan yang berlaku terhadap orang-orang yang dekat dengan kita.
Subscribe to:
Posts (Atom)