Monday, 1 October 2012

nasi lemak pagi

Pagi yang indah dengan kesibukan jalanraya yang melaparkan. Seperti hari-hari biasa di hari bekerja, waktu pagi adalah tempoh yang merimaskan terutamanya di bandar-bandar besar. Pelbagai kerenah dan perangai pengguna jalanraya boleh memeningkan kepala (jika kita memikirkannya secara serius). Masing-masing berebut laluan untuk sampai awal di tempat kerja. Tidak terlepas, aku juga begitu kadang-kadang! namun akhir-akhir ini aku lebih tenang bergerak awal dari rumah. Jadi aku tidak perlu tergesa-gesa untuk 'potong Q'. Sarapan adalah aktiviti wajib setiap pagi di tempat kerja. Sarapan biasanya akan mengambil masa sehingga 1 jam. Tempoh ini akan jadi lebih lama jika kita bersarapan di luar daripada kawasan pejabat. Di Bangi, Kajang sekitar tempat kerja aku ini banyak tempat bersarapan yang enak dan menyelerakan. Pilihan yang banyak menjadikan jadual sarapan aku jadi penuh untuk seminggu. Setiap hari menu boleh bertukar. Dari nasi lemak, nasi kerabu, nasi dagang kepada lebih ringan seperti roti canai, tosei, sanwich dan laksa serta laksam. Kuih dan ubi kayu juga senang didapati di sini. Nasi lemak antara menu yang lazat serta mengenyangkan! Menu ini pastinya tidak sesuai bagi mereka yang sedang berdiet. Di Sg. Merab kawasan sekitar UNITEN di Bangi ini terdapat satu kedai mamak iaitu Maulana yang menyediakan nasi lemak yang best bagi aku. Nasi lemak ini dijual oleh orang Melayu yang menyewa di kawasan Restoren Maulana. Apa yang istimewanya adalah sambalnya. Sambal nasi lemak yang sempurna adalah sambal yang 'cukup rasa'. Ada manis, masin, masam dan pedas!!! Di hidang bersama telur mata kerbau yang di masak panas pada waktu itu ia menjadikan nasi lemak yang sedap! tak percaya? nanti saya uploadkan gambarnya.

No comments:

Post a Comment