Saturday, 1 September 2018

Malaysia baru

Dikatakan Malaysia Baru itu apabila tumbangnya kerajaan yang telah memerintah Malaysia sejak Tanah Melayu/Malaysia merdeka sehingga pilihanraya umum ke-14 pada 2018 baru-baru ini.

Dikatakan Malaysia Baru juga apabila kerajaan yang memerintah Malaysia kini 'mengubah', 'membatal' dan 'menyusun' semula banyak perkara berkaitan agensi dan pentadbir dalam kerajaan.

Secara fizikal dan pengurusannya pentadbiran kerajaan baru kini telah memberi makna kepada istilah Malaysia Baru.
Namun tidak kurang penting juga untuk meletakkan makna yang lain bersifat spiritual dan pemikiran ke arah pembentukan manusia Malaysia yang 'baru'.

Rakyat 'Malaysia Baru' seharusnya mengisi sikap dan nilai diri yang 'baru' sesuai dengan anjakan yang didorong oleh persekitaran dan kerajaan yang baru. Setiap individu seharusnya bijak menggunakan kesempatan perubahan yang berlaku kini untuk mengubah ataupun memperbetulkan kembali landasan serta fokus diri sebagai individu dalam masyarakat berbilang kaum dan pelbagai agama di negara Malaysia.

No comments:

Post a Comment