Monday, 3 August 2020
Cerpen: STATUS
Selalunya setiap kali aku 'online' di sosial media pasti dia ada. Dia sangat aktif bersosial di atas talian. Walaupun secara umumnya di alam realiti secara bersemuka, dia relatifnya seorang yang pendiam. Aku mengenalinya hampir setara dengan usia kami. Lama sangat. Kerana kami berasal dari daerah yang sama, bersekolah di sekolah yang sama, membesar dalam suasana dan kawasan yang sama dengan berkongsi permainan zaman kanak-kanak yang sama. Ini bermakna aku dan dia saling mengenali sejak kami masih kanak-kanak sehinggalah ke zaman dewasa dan tua sekarang. Setiap tahap usia yang kami lalui sepanjang kehidupan ini boleh dikatakan sentiasa bersua dan bertegur sapa. Oleh itu, aku mempunyai kelayakan yang baik untuk menceritakan perihal dia. Iaitu dia yang kini dikenali oleh ramai orang melalui statusnya di media sosial.
Semalam dia menulis di media sosial kegemarannya - Facebook. Status itu berbunyi begini; "Dulu Bersatu kini berdua." Aku tersenyum, cuba mengamati maksud tulisannya. Ringkas namun penuh mengandungi maksud tersirat. Ramai yang menyukai status tersebut, hanya beberapa minit sahaja ditulis telah mendapat beratus tanda 'like' dan 'komen' yang disertakan dengan emoji popular. Termasuk juga aku yang secara spontan menekan tanda 'like' pada hantaran tersebut. Pada aku dia cuba membayangkan keadaan dirinya kini yang telahpun mempunyai seseorang yang mungkin akan menjadi pasangan hidupnya. Sesuai dengan status dirinya sebagai seorang duda yang sedang mencari. Setelah berpisah dengan pasangan pertamanya dulu, dia seakan hilang arah dalam kehidupan. Seperti seseorang yang kehilangan. Berputus asa dan kecewa. Aku tahu secara terperinci kisah rumahtangganya yang runtuh dua tahun yang lepas. Setelah berjaya membina sebuah keluarga yang bahagia pada suatu ketika dulu dengan pasangan pilihannya yang dikenali sewaktu masih belajar di pusat pengajian tinggi dahulu.
Bersambung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment